Adalah Seseorang pelajar yang bertanggungjawab terhadap pelajarannya

Adalah
dimaklumi bahawa sikap pelajar terhadap matematik adalah amat penting. Jika
pelajar mempunyai sikap yang negatif dan bersikap acuh tak acuh terhadap mata
pelajaran tersebut, secara tidak langsung akan menjejaskan pencapaian pelajar.
Di samping itu perlu diakui bahawa adalah sukar bagi seseorang itu mempelajari
sesuatu yang tidak diminatinya. Oleh itu adalah lumrah mereka tidak memberikan
tumpuan sepenuhnya semasa proses pembelajaran dilaksanakan. Ini kerana mereka
hanya akan bersungguh-sungguh apabila mempelajari sesuatu mata pelajaran yang
diminati dan disukai. Kajian Quek (2006) membuktikan bahawa sikap mempunyai
hubungan yang positif dengan pencapaian pelajar dalam matematik.

 

Menurut
Ee (1996), sikap merujuk kepada kesediaan mental dan saraf yang disusun melalui
pengalaman dan mempengaruhi gerak balas individu terhadap semua objek dan
situasi yang berkaitan dengannya. Rahil (1995) pula menyatakan sikap ialah
sebahagian daripada personality individu yang dipengaruhi oleh tingkah laku
yang ada hubungan dengannya. Sikap manusia berbeza mengikut pengalaman dan
mempunyai pengaruh penting kepada individu yang bertindak sebagai sebab dan
akibat tingkah laku. Beliau juga menyatakan sikap positif terhadap pembelajaran
akan meningkatkan pencapaian pelajar.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Kajian
Zamrah (1999) juga menunjukkan bahawa sikap yang positif dapat melahirkan insan
manusia yang cemerlang dan berwawasan. Menurut Azrul (1988), salah satu
kejayaan pelajar dalam bidang pembelajarannya ialah pembentukan sikap belajar,
di mana sikap tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan tanggungjawab untuk
belajar memahami dan menyelesaikan tugasan yang diberikan guru. Seseorang
pelajar yang bertanggungjawab terhadap pelajarannya akan sentiasa menyiapkan
kerja atau tugasan yang diberi oleh guru, sentiasa hadir ke kelas, bersemangat
untuk belajar dan sentiasa berusaha dalam pelajarannya (Kamaruddin, 1997).

 

Selain
itu Suradi (1989) mendapati bahawa sikap terhadap guru akan mempengaruhi minat
dan usaha ke arah kejayaan pelajar. Sikap negatif terhadap guru boleh
melemahkan minat dan motivasi pelajar dalam mata pelajaran yang diajar oleh
guru tersebut. Sikap seseorang individu itu boleh dibentuk dengan mengambil
iktibar dan pengajaran dari sesuatu yang dipelajari, membiasakan dan bersedia
menerima sebarang teguran dan tunjuk ajar. 

x

Hi!
I'm James!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out